Beberapa hari lepas aku teman mak aku beli sayur kat pasar, biasa ah pasar kan, semua pompuan wajib kot jejak kaki kat pasar.. Walau pasar itu busuk.. Bagi aku la, as seorang lelaki sejati, aku memang respek dan saspek sekali ngan mama, sebab dari aku kecik lagi, memang setiap weekend je dia gi pasar, korang tau tak asal aku nak suspek sangat ni?
Cube korang tengok pompuan skang, pe dehal nak gi pasar kan, busuk kot, nak pilih ikan pun geli.. Jap, ikan tu kau nak geli? udang nak geli? Takut tengok darah ayam, oh wait.. Kau makan kot semua tu, bedal je masuk mulut kau then kau kata kau geli.. Then kau kata better kau gi supermarket berhawa dingin yang sentiasa mesra pelanggan.
Kesimpulannya ialah, gadis mestilah pergi ke pasar, kau tahu sebab apa? Sebabnya kalau kau cintakan family, kau haruslah membelikan bahan yang segar bugar demi kesihatan yang terjamin, kau pergi tesco, pastu kau beli rendang brahim's, kari ayam yeos, pastu kau beli salad ready made.. Itu adalah pengawet tahu? Akhir kata.. Jaga perut family anda kerana anda mampu mengubahnya..



1 orang doakn aku femes:
Aah la kan, gedik jugak org yg tak mo gi pasar..
Post a Comment